Kehidupan awal Sherson Lian

Sherson lahir di Kuala Lumpur pada 11 Disember 1984 dan merupakan anak sulung daripada empat beranak. Beliau merupakan seorang berketurunan Cina-British Malaysia.[1] Beliau mempunyai pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Klang.[2] Sherson memulakan minat masakan beliau pada umur 11 tahun ketika membantu ibunya di kafe; beliau meminati masakan tempatan Malaysia seperti masakan Melayu, Kantonis, dan India. Ibunya merupakan pemilik kepada bisnes makanan chap fan atau 'nasi bajet'.[1]

Beliau yang tidak mempunyai pendidikan rasmi di dalam bidang masakan Sherson memulakan kerjaya beliau bersama-sama keluarga; pada 2003, Sherson menguruskan Paradise Cafe di Menara Faber, Jalan Klang Lama di Kuala Lumpur.[1][3] Setahun kemudian beliau memasuki Taylor's College dalam industri perhotelan sebagai perintis.[1] Beliau kemudian menjalani latihan di Hotel JW Marriott[1] yang memberikan peluang pekerjaan dalam perkhidmatan di pelbagai dapur di Kuala Lumpur. Sherson dan keluarganya kemudian berpindah ke Melaka untuk menguruskan kemudahan perkemahan di sana.[1]